Sunday, 30 December 2012

PENGENALAN KEPADA WEB


PENGENALAN KEPADA WEB

Sejarah Web 2.0

Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

DEFINISI WEB 2.0

Orang yang memberikan istilah web 2.0 ialah O’Reilly Media sekitar tahun 2003 namun ketika itu istilah ini tidak mendapat perhatian namun dipopularkan pada tahun selepas itu iaitu 2004. Istilah web 2.0 amat luas untuk diterangkan namun web 2.0 dikatakan sebagai sebuah aplikasi web yang melibatkan para pengguna merancang mahupun mengatur sesebuah catatan. Ada juga yang mengatakan web 2.0 lebih kearah social network antara pengguna seperti Blog, Facebook, Friendster dan lain-lain.
Rumusannya adalah istilah web 2.0 ini lebih kepada platform para pengguna menggunakan teknologi untuk memberi pandangan, memberi catatan berguna, dan sebagainya.

Aplikasi Web 2.0

Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools atau alatannya yang tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan dalam web 2.0 antaranya adalah Blog, Wiki, Forum Atas Talian (Online Forum), Social Bookmarking, Rangkaian Sosial, Perkongsian Media dan sebagainya.
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi.

Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan

Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. E-pembelajaran pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. Sistem P&P yang menggunakan aplikasi Web 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi. P&P dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 ini menekankan aspek konstruksi pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking) (Pettaniti & Cigognini, 2007). Selain itu, P&P dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, mobil, berkait atau connected, peribadi (personal), ciptaan dan terbuka (Wiley, 2008). Menurut Ehlers (2009), sistem P&P yang melibatkan aplikasi Web 2.0 boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang berikut:

i. Pembelajaran bersifat ubiquitous iaitu pembelajaran boleh berlaku di mana-mana.
ii. Pembelajaran sepanjang hayat: Pembelajaran tidak terikat kepada mana-mana institusi Pembelajaran berlaku dalam komuniti pembelajaran. Pelajar melibatkan diri dalam komuniti pembelajaran yang terbuka dan komuniti pembelajaran yang terhad
iii. Pembelajaran bersifat formal dan tidak formal, boleh berlaku di rumah, tempat kerja atau pada masa lapang.
iv. Pembelajaran tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengajar atau institusi pengajian.

PERKEMBANGAN ANTARA WEB 1.0, 2.0 DAN WEB 3.0

PERBEZAAN WEB 2.0 DENGAN WEB 1.0

Web 1.0 boleh diibaratkan sebagai sebuah perpustakaan. Pengguna hanya datang untuk mendapatkan informasi dan data-data darinya dan proses ini melibatkan perjalanan satu hala, iaitu laman web kepada pengguna.
Web 2.0 adalah lebih luas konsepnya. Ianya diibaratkan sebagai satu tempat untuk perkongsian maklumat yang mana pengguna datang berkongsi maklumat (memberi) dan menerima (mendapatkan) maklumat dari tempat tersebut. Ini bermakna dalam konsep Web 2.0, berlaku aktiviti dua hala atau lebih.
Kelebihannya berpihak kepada web 2.0 kerana jika penggunaan web 1.0 hanya bersifat satu pihak sahaja berbanding dengan web 2.0 yang lebih bersifat keterbukaan untuk para pengguna untuk memberi pandangan atau lebih jelas lagi web 2.0 ini mempunyai komunikasi secara dua hala. Antara contoh web 2.0 seperti YouTube, Blogger, Myspace, Facebook dan lain-lain lagi.
Web 2.0 mampu melakukan aktiviti seperti drag and drop, auto complete, chat, dan voice seperti yang ada pada aplikasi desktop, bahkan berlaku seperti sistem operasi, dengan menggunakan AJAX atau berbagai plug-in (API) yang ada di internet. Hal tersebut akan merubah paradigma pengembang sofware dari distribusi produk menjadi distribusi layanan. Sedangkan karakter lainnya, kolaborasi dan partisipasi pengguna, ikut membantu memperkuat perbezaan pada Web 2.0.
Sebelum tahun 2000, web 1.0 diperkenalkan namun hanya pengguna yang memiliki ilmu pengetahuan mengenai web mampu untuk melakukannya. Berbeza dengan web 2.0 yang membuatkan para pengguna yang lemah pun mampun menghasilkan blog umumnya.

Web 3.0: Konsep terbaru diperkenalkan

Tidak kurang dari empat tahun Web 2.0 diperkenalkan, pakar internet telah mengemukan satu cadangan dan konsep Web 3.0 bakal dilancarkan. Dalam konsep Web 2.0, berlaku perkongsian maklumat yang dapat kita lihat dalam contoh laman Facebook. Berlaku proses perkongsian. Dalam konsep Web 3.0, aktiviti ini menjadi lebih spesifik atau lebih senang difahami, laman tersebut menjadi pembantu peribadi setiap pengguna.
Dalam erti kata lain, laman yang berkonsepkan Web 3.0 menjadi lebih pintar, memahami sifat dan kemahuan pengguna secara lebih spesifik. Web 3.0 bakal menjanjikan satu kemudahan pengguna dan mengecilkan skop sesuatu perkara berbanding konsep yang digunakan sekarang.

PERBEZAAN WEB 2.O DENGAN WEB 3.0

Perbezaan web 3.0 adalah web ini menggunakan web semantik yang merujuk kepada kemampuan aplikasi komputer untuk lebih memahami bahasa manusia yang bukan hanya bahasa baku tetapi juga bahasa percakapan harian sehingga memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan mesin. Web 2.0 digunakan pada masa kini dan web 3.0 akan digunakan tidak lama lagi mengikut perkembangan teknologi dari masa ke masa.

No comments:

Post a Comment