Saturday, 8 December 2012

Soalan pemahaman dalam kelas

Definisi Teknologi Pendidikan dalam pandangan anda.

        Pada pendapat saya, teknologi pendidikan merupakan satu proses dalam pembelajaran yang mana penggunaan peralatan seperti komputer, lcd, alat media massa, elektronik dan juga alatan-alatan lain yang membantu guru untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan. Ini bermakna guru atau pendidik mestilah peka dengan perubahan teknologi dalam pendidikan agar selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan mencabar. Dengan ini, guru atau pendidik dapat membentuk modal insan yang boleh bersaing di era serba canggih.


Model ARCS

        Model ARCS merupakan model motivasi yang diutarakan oleh Keller (1983). Model ini memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan pelajar ketiak proses pembelajaran. Model ini telah digunakan secara meluas dalam penghasilan bahan intruksi dan meningkatkan mutu motivasi dalam pengajaran di bilik darjah, penyediaan bahan internet, dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 4 komponen penting dalam Model ARCS iaitu Attention (perhatian), Relevance (relevan), Confidence (keyakinan) dan Satisfaction (kepuasan).

1. Attention (perhatian) merujuk kepada respon pelajar untuk memulakan pembelajaran iaitu strategi untuk memberangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu dan minat pelajar.

2. Relevance (relevan) membantu pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan dengan pembelajaran yang baru iaitu strategi untuk menghubungkan keperluan, motif dan minat pelajar

3. Confidence (keyakinan), menekankan nilai positif pelajar terhadap tugasan yang disediakan iaitu strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan positif untuk kejayaan dalam pembelajaran.

4. Satisfaction (kepuasan) akan diperolehi apabila pelajar dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran mereka dan menerima respon yang baik untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Oleh itu, Model ARCS boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta sesuai dijalankan oleh sesiapapun.



Amalan Reflektif

         Banyak pendapat yang diketemukan berhubung dengan amalan reflektif. Mengikut Mezirow (1994), mengamalkan reflektif dalam proses pedagogi membolehkan pembelajaran bermakna (meaningful learning) berlaku menerusi penilaian kendiri terhadap sesuatu andaian, pola interaksi dan tindakan.

         Mengikut Kamus Dewan Dwibahasa (1979), reflektif ditakrifkan sebagai ‘gambar (bayangan) dalam cermin ; pembalikan ; renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.’

         Manakala dalam konteks pendidikan, refleksi merupakan suatu proses murid berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, kemudian menganalisis dan menilai kesannya, termasuk cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa depan. Sementara itu, dalam konteks pengajaran guru pula, amalan reflektif merupakan amalan yang melibatkan guru melakukan refleksi sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Seseorang guru yang berfikir secara reflektif dapat dilihat daripada tindakan-tindakan berikut:

a) Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada.

b) Mengemukakan soalan-soalan sendiri.

c) Mengusulkan hipotesis dan andaian.

d) Mengemukakan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar.

e) Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif.


          Sehubungan dengan itu, amalan reflektif amat penting untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan secara tidak langsung membolehkan guru menjadi pemangkin ke arah melahirkan generasi yang celik dan mampu membuat keputusan yang tepat berdasarkan fakta yang sah.

No comments:

Post a Comment