GURU ABAD KE-21
Pendidikan
berkualiti memerlukan guru yang berkualiti (Mohamad Sani, Mohd Izham dan
Jainabee, 2008). Sungguhpun banyak pemboleh ubah yang menyumbang kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti keadaan fizikal sekolah dan
bilik darjah, kemudahan resos pengajaran pembelajaran, tetapi yang paling
penting ialah kualiti interaksi yang wujud antara guru dan pelajar. Guru-guru
dalam abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya cipta,
kemantapan idealisme dan kekuatan diri. Profesionalisme dan disiplin kendiri
yang positif menjadi paksi utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seorang
guru (Mohd. Najib, 1999).
Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional
untuK menjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan.
Kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada
perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran,
dan mempunyai inovasi dalam tugas. Seseorang guru bertanggungjawab meningkatkan
imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam
hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan
kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar
dengan cekap dan sempurna.
Ciri-Ciri Guru Abad ke-21
1. Menguasai pelbagai bidang.
Seorang guru
memerlukan ilmu yang pelbagai untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua
bidang yang diceburi dan bidang yang tidak diceburinya. Seseorang guru itu
perlu berani untuk mencuba sesuatu yang
baru Sebagai contohnya, seorang guru yang mengajar subjek sejarah juga memerlukan
ilmu pengajaran dalm subjek lain. Bagi memastikan pendidik menguasai semua
bidang ia memerlukan pendidik tersebut mengaplikasi pembelajaran secara
berterusan untuk membolehkan pendidik tersebut bersedia menghadapi sebarang
perubahan dalam dunia pendidikan yang selaras dengan era pemodenan masa ini.
2. Mengikut perkembangan tentang dasar dan isu
pendidikan.
Perkembangan
tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan perlu dikuasai
oleh pendidik untuk memastikan profesion perguruan dapat dijalankan dengan
lancar melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi melahirkan generasi
berkualiti seorang pendidik perlulah mempunyai sifat berwibawa dengan memahami
dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT).
3. Mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran.
Seorang pendidik
perlu mempunyai kemahiran pedagoji untuk melahirkan generasi yang berkemahiran
abad ke 21. Kemahiran pedagoji ini bukan sahaja berasakan pengalaman ia juga
memerlukan seorang pendidik mempunyai kemahiran dalam mengaplikasi pedagogi berbentuk
inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh
menggunakan alat bantuan mengajar seperti komputer. Kaedah ini memberi kesan
positif kepada perkembangan dan prestasi pelajar.
4. Menggunakan teknologi terkini.
Dunia sekarang
adalah dunia teknologi. Seorang pendidik juga harus seiring dengan perkembangan
dunia teknologi ini untuk membolehkan diri mereka bersedia dalam penguasaan dan
penggunaan teknologi semasa. Penguasaan
ini bukan sahaja diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam
kehidupan seharian.
5. Menerapkan nilai-nilai murni (akhlak).
Pendedahan
teknologi pendidik juga perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni.
Seorang pendidik perlulah beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara, ia juga penting
dalam menjaga hubungan sesame manusia.
Profesion perguruan alaf baharu haruslah mampu menguasai dan menggabungkan
kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang
lebih bermakna dan bestari. kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung
kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan
generasi muda yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek,
rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
No comments:
Post a Comment