Nama : Ibrahim Bin Kasim
Perniagaan Jalan UMS
Due: Sep 17, 2012
Modal
RM1 juta.Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan?Mengapa?Bagaimana untuk
memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Saya
lebih berminat di dalam perniagaan yang melibatkan perkhidmatan.ini adalah
disebabkan beberapa perkara yang saya fikirkan relevent dengan persekitaran dan
tidak memerlukan kos yang tinggi dan menjanjikan pulangan yang lumayan jika
dilakukan dengan betul dan sistematik. Perniagaan yang saya ingin jalankan
ialah perkhidmatan cucian kenderaan bermotor (motosikal, kereta, lori, traler,
dll). Menurut Berita Harian
keluaran 6/01/2011, kerajaan telah menjangkakan peningkatan dalam pengeluaran
tahunan kenderaan tempatan sebanyak 623,000 unit.Ini menunjukkan peningkataan
jumlah kerenderaan bermotor di Malaysia.Fakta ini juga dikuatkan lagi dengan
kemudahan pinjaman bank yang semakin mudah dan longgar. Walaupun fakta ini
adalah menyeluruh dan merangkumi seluruh Malaysia, ia tidak menjadi masalah
jika saya hanya menumpukan di sesuatu kawasan sahaja. Sebagai contohnya saya
menyasarkan di kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu sebagai kawasan perniagaan
saya.
Melalui
pemerhatian saya hanya terdapat sebuah sahaja kawasan cucian kerendaan yang
terdapat di kawasan sepanggar KK.Ini menjadikan saingan dari segi perniagaan
adalah kurang. Jika anggaran kasar kerenderaan di Kota kinabalu adalah 100,000
unit dan saya hanya mengambil 5 peratus daripada nilai tersebut iaitu 5000 unit
berada di kawasan sepanggar, dan jika saya hanya menganggarkan 0.1 peratus
sahaja kereta yang mencuci kerenderaan di kedai saya sehari maka terdapat 100
unit kerenderaan yang menjanjikan pendapatan kasar RM 500 sehari jika setiap
cucian adalah RM5.Selain itu juga antara faktor lain seperti kawasan perniagaan
yang strategik, tenaga pekerja mudah di dapati dengan upah gaji yang rendah,
tiada risiko barangan rosak, penggunaan alatan yang mudah digunakan dan tidak
mahal juga menjadikan saya amat berminat di dalam perniagaan ini.
sambungan....
Due:
sep 17, 2012
Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis
perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila
jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu
100% UNTUNG?Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga
setelah perniagaan itu dimulakan?
Dalam
memastikan perniagaan saya berada dalam situasi untung, terdapat pelbagai cara
yang saya fikirkan berkesan. di antaranya adalah dengan memberikan perkhidmatan
yang bermutu dan pantas. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan tenaga pekerja
yang sesuai dan penyediaan Standard Operation Prosedur ( SOP ) bagi setiap
pekerja untuk dipatuhi. Selain itu juga, faktor harga juga hendaklah sejajar
dengan keadaan semasa supaya pengguna tidak tertekan dan merasakan harga
tersebut adalah berpatutan.
Penyediaan tempat menunggu yang selesa seperti penyediaan kerusi, meja atau kemudahan-kemudahan lain yang difikirkan releven.Penyelengaraan di premis perniagaan juga hendaklah di titik beratkan spaya sentiasa dalam keadaan bersih dan baik untuk keselesaan pengguna.Setelah semuanya dalam keadaan baik, promosi boleh dijalankan seperti sebaran risalah ataupun sebaran internet supaya kawasan perniagaan tersebut lebih dikenali. Dalam fasa yang singkat perniaggan saya hanya akan tertumpu kepada kenderaan yang bersaiz kecil dan jika semakin berkembang saya akan memperluaskan kepada kenderaan berat.
Itu sahaja pendapat tentang perniagaan yang difikirkan saya boleh dijalankan yang boleh kita kongsikan bersama. Tetapi setiap kejayaan adalah bergantung kepada usaha dan doa kita dalam menuju ke arah kejayaan.... Wassalam
Multimodality
Due:
Sep 24 2012
Apakah definisi teori multi modality?apakah yang
dimaksudkan multi modality instruction
Teori
multimodaliti merupakan suatu kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
yang pelbagai dikalangan para guru dan pelajar dengan lebih berkesan
berfokuskan kepada teknik pembelajaran yang global dan analitikal dan
kecenderungan di dalam modaliti visual dan verbal.Teori pengajaran dan
pembelajaran ini diperkukuhkan lagi melalui kognitivisme dan konstruktivisme.
Sebagai contohnya seorang guru perlulah mempelbagaikan amalan serta cara
pengajaran dan pembelajaran mereka dalam memberi input yang lebih berkesan
sesuai dengan gaya pembelajaran setiap pelajar yang berbeza-beza.
'Multi
modality instruction' pula merujuk kepada cara penyampaian maklumat dalam
sesuatu tugasan tidak kira samada ianya berbentuk lisan atau bertulis bagi
membantu membantu pelajar mengakses setiap isi kandungan sesuatu kursus.
Sebagai contoh pelajar lebih mudah untuk memahami setiap topik yang diajar
seperti subjek PJK apabila guru menayangkan video yang berkaitan dengan
pergerakan serta taknik bermain bola sepak dengan betul. Maknanya,guru perlulah
menggunakan kemudahan yang ada bagi memudahkan dan membantunya melaksanakan
proses pengajaran pada hari tersebut dengan lebih berkesan selain menarik minat
para pelajar.
Assignment
1
Due:
Oct 22, 2012
Sila respon untuk isu ini:
i)
Cuba kaitkan penggunaan video dan
stail pembelajaran
ii)
Cuba kaitkan penggunaan video
dengan ubiquitous learning
iii)
Cuba kaitkan penggunaan video
dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv)
Cuba kaitkan penggunaan video
dengan kemahiran sosial pelajar.
v)
Cuba kaitkan penggunaan video
dengan peningkatan kesedaran
i) Penggunaan
video di dalam stail pembelajaran telah banyak digunakan pada masa kini.
Terdapat beberapa alatan yang telah di guna pakai di dalam mempelbagaikan stail
pengajaran.Salah satu contoh penggunaan alatan video dalam stail pembelajaran
ialah seperti perisian Powerpoint, Keynote, Open Office dan hyper studio iaitu
salah satu perisian untuk stail pengajaran dalam bentuk pembentangan di dalam
kelas. Terdapat juga perisian seperti perisian laman sesawang seperti
dreamweaver, frontpage, go live, composer, nvu dalam perbagaikan stail
pembelajaran video. Selain itu juga perisian yang lebih kompleks juga telah di
digunakan di dalam stail pembelajaran seperti perisian flash, director
dll.Dengan menggunakan kaedah ini interaksi di antara guru dan pelajar dapat
dipelbagaikan dan memudahkan guru di dalam penyampaian P&P di samping
meningkatkan minat pelajar.
ii) Penggunaan video dalam ubiquitous learning.memerlukan guru mengetahui tahap pengetahuan pelajar di dalam sesuatu tajuk yang hendak diajar. Dengan menggunakan kaedah video, pengetahuan yang telah sedia ada diketahui akan dapat dikembangkan kepada satu tahap yang dikehendaki oleh guru bedasarkan objektif P&P yang telah dirancang. Penggunaan video di dalam stail P&P dapat meningkatkan tahap Kemahiran berfikir seseorang pelajar.Ini adalah kerana dengan penggunaan video tindakbalas daripada pelajar adalah cepat dan konsisten.Penggunaan pelbagai kesan ilustrasi juga memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang hendak dipelajari.
iV) Kemahiran sosial pelajar juga boleh di kembangkan dengan penggunaan video dalam pembelajaran. ini adalah kerana dengan menggunakan kaedah ini interaksi di antara guru dan pelajar dapat diperkukuhkan. Ini dapat membantu guru dalam pengawalan kelas kerana video yang dipertonton menjadi watak dalam menerangkan isi pelajaran. Guru akan memperkukuhkan pengetahuan pelajar dengan mengemukakan persoalan kepada murid.
v) Peningkatan kesedaran murid terhadap isi pelajaran juga dapat ditingkatkan. ini adalah kerana dengan menggunakan kaedah video sesi pembelajaran akan lebih realistik dengan memudahkan pelajar dalah mengimaginasikan sesuatu perkara dengan memaparkan imej dan ilustrasi yang nyata. Dengan ini pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran dan tahap kesedaran mereka terhadap sesuatu isu.

Assignment 2
Due: Oct 22,2012
Apakah
kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Kekangan
yang mungkin menjadi halangan didalam penggunaan video dalam pembelajaran
adalah melibatkan daripada pelbagai sudut seperti sudut fizikal, kognitif,
afektif dan sosial.Dari sudut kognitifnya pelajar yang lemah menghadapi masalah
untuk memahami dan mengambil masa yang lebih lama berbanding pelajar yang
cerdas.Dari segi afektifnya pula para guru hendaklah membuat persediaan yang
lebih rapi didalam memaparkan ilustrasi atau pemilihan gambar yang sesuai di
dalam menyampaikan sesuatu tajuk.Ini adalah kerana faktor budaya dan
kepercayaan serta faktor sosial seseorang pelajar hendaklah di ambil kira
supaya tidak ada individu yang mungkin tersinggung dan menyebabkan mereka
kurang berminat dalam mempelajari sesuatu isu. Untuk faktor fizikal pula lebih
melibatkan kekangan dari segi kemudahan teknologi dan bekalan elektrik yang
tidak disediakan di sesuatu tempat yang menjadi penghalang di dalam
mempraktikkan penggunaan video dalam P&P. Dari sudut sosial nya pula lebih
kepada kurangnya pengetahuan guru dalam menggunakan perisian-perisian video ini
dalam pengajaran. Oleh itu para guru hendaklah lebih kehadapan dalam menggunakan
teknologi di dalam pengajaran supaya tidak ketinggalan dengan negara-negara
maju yang lain.
Assignment
3
Due:
Oct 22, 2012
Bagaimana mengguna video dalam kelas?sebelum,
semasa dan selepas.
Terdapat
beberapa kaedah atau langkah yang perlu dilakukan dan diberi perhatian apabila
seseorang guru ingin menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Sebelum memulakan sesuatu tayangan video, guru haruslah memastikan
semua peralatan yang di gunakan dalam P&P berada dalam keadaan baik contohnya
komputer serta sumber elektrik yang mencukupi bagi tujuan melancarkan proses
P&P dan mengelakkkan sebarang ganguan terutamanya ketika tayangan video
dibuat. selain itu keadaan kelas juga haruslah berada dalam keadaan yang sesuai
dan kondusif. Semasa video di tayangkan di dalam kelas, guru perlu memastikan
setiap pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tayangan video
tersebut.Contohnya senantiasa bergerak di dalam kelas bagi mengelakkan para
pelajar melakukan aktiviti sendiri serta mengawal kelas agar tidak
bising.Selepas tayangan video, guru perlulah memberikan peluang kepada para
pelajar untuk memberikan pendapat serta komen mereka berkaitan dengan video
yang telah mereka lihat. Guru pula berperanan penting dalam merumuskan secara
keseluruhan berkaitan video yang telah ditayangkan di samping memberikan soalan
atau kuiz bagi tujuan pengukuhan pemahaman para pelajar
Assignment
Due:
Nov 14, 2012
Assignment manipulatives
Soalan 3:
Pengajaran PJK dengan menggunakan Diorama dapat menarik perhatian pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan dalam masa yang sama akan wujud interaksi antara pelajar semasa menjalankan aktiviti. Diorama ialah satu pemandangan berbentuk tiga dimensi yang boleh menggambarkan suasana seperti ladang, lombong, tempat bersejarah, stadium atau “Par Course”.Dalam mata pelajaran PJK, contoh aktiviti atau projek yang menggunakan kaedah Diorama ialah projek membuat peta timbul untuk laluan “Par Course” atau peta timbul untuk menunjukkan keadaan sebenar di stadium.Peta timbul merupakan satu model keadaan muka bumi berdasarkan sesuatu tempat sebenar.
Peta
timbul ini diperbuat daripada serbuk papan atau plastisin atau kedua-duanya dan
juga tanah liat serta bahan buangan lain yang boleh dikitar semula. Pelajar
akan diminta untuk membuat peta timbul sama seperti keadaan sebenar laluan
stesen-stesen di “Par Course” atau keadaan di stadium. Objektif projek peta
timbul “Par Course” ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar latihan
fizikal berkonsepkan “Par Course” sebelum pelajar menjalankan aktiviti atau
latihan fizikal yang berkonsepkan “Par Course” ini. Manakala untuk peta timbul
stadium pula objektifnya adalah untuk memperkenalkan pelajar tentang keadaan di
stadium seperti padang, trek, tempat untuk lompat jauh, lompat kijang, lontar
peluru, merejam lembing, lompat tinggi dan sebagainya.
Soalan 4:
Soalan 4:
Pengajaran PJK tentang perkembangan terkini mengenai dunia sukan seperti bola sepak.Pengajaran boleh dilakukan dengan membuat lawatan ke stadium bola sepak.Sebagai contoh, membuat lawatan sambil belajar ke Stadium Bola Sepak Likas untuk melihat pemain bola sepak Sabah membuat latihan sebelum perlawanan sebenar.
http://www.duniasukan.com/category/futsal/lig...
Video
dalam pendidikan
Due: Nov
20, 2012
Jawab lima soalan ini dengan
ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

Soalan 1 (Apa kah yang
dimaksudkan dengan video literasi?)
Penyampaian maklumat menggunakan 'motion pictures' dikenali sebagai video, dimana jika di dalam P&P, ianya bertujuan untuk menjadikan sesi P&P menjadi lebih menarik dan mudah difahami.
Soalan 2 (Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video)
i) Sightlines
ii) Light Control
iii)Mental Set
iv)Advance Organizer
v) Vocabulary
Soalan 3 (Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?)
Pengaplikasian video dalam pembelajaran boleh menarik minat pelajar untuk belajar kerana terdapatnya animasi gambar, muzik/bunyi, rajah dan peta minda. Ini akan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan pelajar akan berasa lebih selesa ketika sesi P&P berlangsung.
Soalan 4 (Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?)
a) Documentary- ini berkaitan dengan fakta, dimana ianya sangat bersesuaian dalam penyampaian maklumat yang berbentuk fakta.
b) Dramatization- video jenis ini sesuai untuk penyampaian maklumat kepada pelajar berbentuk drama, dimana drama pendek boleh dihasilkan untuk memberi kesedaran tentang sesuatu perkara kepada pelajar. Ini boleh digunakan untuk subjek berbentuk bahasa dan sejarah.
c) Video Story-Telling- Untuk video jenis ini, pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis semasa sesi pembelajaran. Pemikiran pelajar akan dapat diluahkan melalui video jenis ini.
d) Video Field-Trips- Video jenis ini dapat membantu pelajar membawa pelajar ke sesuatu kawasan yang tidak pernah dikunjungi. Contohnya, hutan Amazon yang terdapat di Brazil, dengan penayangan video jenis ini, ia akan membantu pelajar melihat keadaan sebenar di sesuatu kawasan yang bukan di tempat mereka.
Soalan 5 (Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah)
Terdapat beberapa perkara dalam penggunaan dan penilaian video dalam bilik dajah:
a) pastikan video yang hendak disampaikan hanya berkaitan dengan P&P yang hendak disampaikan.
b) sekiranya kurang mahir, hendaklah bertanya kepada yang pakar, tetapi pastikan guru sepenuhnya terlibat dalam proses membuat video.
c) Sebelum menggunakan video tersebut, pastikan terdapat guru yang pakar atau sesiapa yang boleh menilai video itu bagi menggelakkan berlakunya 'copyright status'.
d) Pastikan pencetakan video untuk P&P hanya digunakan untuk keperluan sahaja

Design of
Visual
Due: Dec
3, 2012
Sila refleks tentang proses dan
ciri-ciri reka cipta visual
Prinsip reka
bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual.Ia merupakan satu gambaran
tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan
idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita
membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka
bentuk.
Dalam reka cipta visual, keseimbangan, perspektif, harmoni dan kesatuan adalah penting.Sesuatu visual hendaklah jelas dan tidak mengelirukan.Penggunaan warna dan ruang yang tepat hendaklah di seimbangkan bagi mencapai objektif penyampaian maklumat. Sekiranya warna, bentuk atau ruang yang digunakan mengelirukan penerima maklumat, ini akan menyebabkan penyampaian maklumat tidak berlaku. Seharusnya reka bentuk visual adalah jelas, terang dan difahami oleh audiens.
Dalam sesi P&P, seorang guru hendaklah merancang p&p beliau sekiranya ingin mnggunakan reka cipta visual.Perancangan yang teliti termasuklah ruang, warna yang digunakan, bentuk atau rajah yang hendak digunakan hendaklah bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk yang ingin diajar pada hari itu.kepekaan guru terhadap penggunaan visual akan membantu kecepatan pemahaman pelajar di dalam kelas semasa sesi p&p.

No comments:
Post a Comment