Saturday, 8 December 2012

Assignment dalam Edmodo



Nama             : Nur Izyan Mardhiah binti Asli
No Matrik      : PT122200CT


Perniagaan Jalan UMS
Due: Sep 17, 2012
Modal RM1 juta.Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan?Mengapa?Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Dengan rm 1 juta, saya akan buka francais domino's pizza kerana buat masa ni belum ada yang menjadi printis untuk area sabah. Tapi, sebelum tu... Kenal pasti dulu kawasan yang strategik dan ramai orang, buat promosi yang menarik dan sudah pasti ramai yang teringin mencuba pizza ni.

sambungan....
Due: sep 17, 2012

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG?Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

              Untuk memastikan perniagaan yang diceburi sentiasa untung, saya akan membuat analisis SWOT dahulu mengenai kehendak dan permintaan pelanggan, menetapkan aras dan menjaga kualiti perniagaan terutamanya apabila berdepan dengan pelanggan agar mereka sentiasa berpuas hati dengan layanan yang diberi. Kebajikan pekerja juga dititikberatkan kerana merekalah penentu kejayaan sesebuah perniagaan. Ini bermakna sekiranya pekerja berasa diambil berat dan peluang kenaikan pangkat diberi sekiranya mereka memberi perkhidmatan yang cemerlang, akan timbul keseronokan bekerja dalam francais yang sya buka sudah pasti berjaya dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Selain itu, sya akan membuka cawangan di beberapa lokasi yang dikenalpasti sesuai dan strategik malahan, sya akan cuba memohon untuk mendapatkan hak francais domino's pizza untuk negeri sabah supaya sya sahaja yang boleh membuka cawangan di negeri ini.


Multimodality
Due: Sep 24 2012

Apakah definisi teori multi modality?apakah yang dimaksudkan multi modality instruction

Berdasarkan pemahaman saya, teori multi modaliti ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berbagai berdasarkan keupayaan dan kemahiran murid. Ini bermakna guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam satu masa kerana tahap penerimaan murid dalam pembelajaran adalah berbeza. Oleh kerana keperluan literasi murid adalah berbeza, sebagai seorang guru, kita hendaklah mempelbagaikan atau membezakan produk, proses dan kandungan pembelajaran berdasarkan keupayaan, minat dan kesediaan murid dalam menerima pembelajaran.

          Multi modaliti instruction pula adalah kaedah pengajaran dalam penyampaian maklumat sama ada dari segi audio, visual grafik, video, sentuhan ataupun semua sekali agar dapat memberi pembelajajaran yang berkesan untuk murid. Dengan adanya teknologi pendidikan, guru boleh mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran serta secara tidak langsung murid akan lebih tertarik dan pemahaman lebih bertambah.


Assignment 1
Due: Oct 22, 2012

Sila respon untuk isu ini:

i)            Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii)           Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii)         Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv)         Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v)           Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

Jawapan :
i)     Penggunaan video dalam pembelajaran dapat membantu guru menerangkan dan memberi penjelasan pengajaran dengan lebih baik dan murid dapat memahami proses pembelajaran tersebut.

ii)    Ubiquitous learning bermaksud berada dimana-mana, sentiasa ada, dibeberapa tempat serentak. Ini bermakna ubiquitous learning adalah satu pembelajaran secara online yang mana guru dan pelajar berkomunikasi antara satu sama lain tidak kira masa, tempat dan ramai.

iii)   Pembelajaran ini akan menjadi lebih efektif sekiranya penggunaan video dijadikan sebagai teknik pembelajaran maya dan murid boleh berkomunikasi dengan guru tidak kira dimana sahaja dan masa.

iv)   Higher-order thinking essentially means thinking that takes place in the higher-levels of the hierarchy of cognitive processing. Ini bermakna HOTS boleh digunakan dalam pembelajaran secara video yang mana para pelajar akan menjadi lebih mahir dalam analisis, sintesis dan perubahan yang lebih tinggi seperti dalam carta Taksonomi Bloom.

v)    Apabila penggunaan video diperluaskan, kemahiran sosial pelajar turut berubah yang mana mereka akan menjadi lebih aktif dan berfikiran lebih kritis untuk bersaing dengan rakan lain yang mahir dalam penggunaan teknologi maklumat.

vi)    Jikalau selama ini kesedaran pelajar dapat ditingkatkan dengan penggunaan risalah dan bahan-bahan lain. Penggunaan video lebih berkesan dan cepat diterima oleh pelajar apabila mereka melihat maklumat tersebut secara langsung.


Assignment 2
Due: Oct 22,2012

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Terdapat beberapa kekangan yang jelas apabila ingin melakukan P&P dalam kelas dengan menggunakan video dan kekangan ini berbeza dengan situasi sekolah tersebut.

  i.        Sekolah pedalaman dan daif, mempunyai masalah seperti bekalan elektrik, peralatan multimedia, guru yang kemungkinan kurang berpengalaman dalam mengendalikan peralatan ICT.

 ii.        Sekolah bandar : masa yang tidak mencukupi untuk video, kawalan murid yang kadang-kadang sukar dikawal.


Assignment 3
Due: Oct 22, 2012

Bagaimana mengguna video dalam kelas?sebelum, semasa dan selepas.

          Pada pandangan saya, penggunaan video dalam kelas boleh dilakukan pada masa-masa tertentu yang memerlukan kita memberi tunjuk cara atau pun menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penggunaan video sebelum p&p bermula, adalah lebih baik melihatkan pelajar video yang menyegarkan minda supaya mereka boleh menerima pembelajaran yang seterusnya. Untuk penggunaan video semasa p&p dijalankan, ia boleh dilakukan sekiranya suatu pembelajaran memerlukan video sebagai penguat atau memudahkan pelajar memahami pembelajaran tersebut. Contohnya, video cara melakukan lompat jauh dalam pelajaran pendidikan jasmani. Manakala penggunaan video selepas p&p dijalankan boleh dilakukan sebagai penutup agar pelajar akan sentiasa teringat akan pembelajaran yang telah diikuti. Sesungguhnya, penggunaan video juga memudahkan pembelajaran kepada guru dan murid.


Assignment manipulatives
Due: Nov 14, 2012

Soalan 3:
Obtain an example of a manipulative(s) that you could use for instruction. Submit the manipulative(s) and a description of how you would use it, including an objective.

Jawapan:
Berdasarkan pembacaan saya dalam buku yang diberikan, Manipulatif adalah bahan yang boleh dilihat dan dipegang dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p). Bahan manipulatif ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan merangsang pembelajaran kerana pelajar boleh memegang dan menyelidikinya. Terdapat tiga jenis manipulatif yang digunakan dalam p&p iaitu penggunaan objek sebenar (real objects), model (models) dan modul tiruan (mock-ups).

Untuk bahan manipulatif yang sesuai digunakan dalam pengajaran (instruction) ialah objek sebenar (real objects). Ini kerana objek sebenar boleh merangsang pembelajaran pelajar dalam sesuatu matapelajaran. sebagai contoh, matapelajaran sains. Pelajar menggunakan objek sebenar (real objects) dalam penyelidikan seperti tumbuhan untuk mengetahui proses fotosintesis, pergerakan dan pembesarannya. Melalui penyelidikan ini, murid dapat  membuat andaian, pemerhatian dan mengembangkan lagi pengetahuan merek kerana adanya bahan konkrit yang membuat mereka percaya pengajaran tersebut adalah benar. Objektif utama dalam pengajaran menggunakan objek sebenar adalah untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam p&p.

Soalan 4:
Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual) Locate at least one site on the World Wide web that could be a place to visit as a virtual field trip in your lesson.

Jawapan:

Matapelajaran : Sains
Tarikh : 17 November 2012
Masa  : 8.30 am
Tempat : Lok Kawi Wildlife Park, Kota Kinabalu, Sabah.
 Objektif : Menambah pengetahuan pelajar mengenai flora dan fauna yang ada di Sabah dan negara lain.
Aktiviti :
Pelajar akan diberi beberapa soalan untuk dijawab berdasarkan lawatan mereka di Lok Kawi Wildlife Park.
Contoh soalan yang diberi:
1. Kelaskan haiwan yang ada di Lok Kawi Wildlife Park (mamalia, burung, serangga dan reptilia)
2. Namakan haiwan yang ada di Sabah dan dari luar negara.
3. Berikan satu contoh haiwan yang hidup di atas pokok beserta maklumat haiwan tersebut (habitat, jenis dan tempat)

Tujuan utama lawatan dilakukan adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan pelajar tentang proses sebenar (contoh pengeluaran susu lembu), habitat haiwan, barang bersejarah dan sebagainya. Lawatan ini memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar kerana mereka tidak akan memperolehinya di sekolah.

Selain itu, pelajar juga boleh menambah pengetahuan dan pengalaman mereka dengan melayari laman web (virtual field trip) setelah melakukan lawatan sebenar seperti www.sabahwetlands.org. Laman web ini membantu pelajar mengenali tumbuhan yang hidup di paya dan haiwan yang ada didalamnya.


Video dalam pendidikan
Due: Nov 20, 2012

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 

Jawapan:

Soalan 1 :
          Video merupakan sebarang format media elektronik yang menunjukkan ‘pergerakan gambar’ untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Contohnya DVD, internet video dan lain-lain lagi. Manakala literasi video boleh didefinisikan sebagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan video yang lebih bermakna dan difahami.


Soalan 2 :

Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video ialah:
1) Pengarah menghasilkan maklumat yang diperlukan
2) Format (bentuk) yang unik untuk setiap penyampaian maklumat
3) Penonton atau “audiens” memahami penyampaian video dengan cara yang berbeza
4) Mempunyai matlamat dan nilai yang penting dalam setiap maklumat yang disampaikan
5) Kebanyakan video yang dibuat bertujuan untuk mempromosikan sesuatu maklumat.


Soalan 3 :

          Menurut Nugent (2005), kebanyakan guru menggunakan video untuk permulaan tajuk, pengayaan atau pemulihan. Video sesuai dengan semua persekitaran pembelajaran sama ada dalam kelas, kumpulan atau pun individu. Penggunaan video dalam pembelajaran dapat mengembangkan lagi pemahaman pelajar dan keupayaan mereka dari segi kognitif (cognitive), afektif (affective), psikomotor (psychomotor) dan interpersonal.

Kognitif – Pelajar dapat membuat pemerhatian secara rawak mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah dan rakaman peristiwa yang terkini. Dengan adanya bunyi, pergerakan dan warna dalam video menjadikan maklumat tersebut lebih bermakna.

Afektif – penggunaan video dalam pembelajaran dapat member impak yang besar dalam sikap dan perbuatan kerana adanya elemen emosi dalam video tersebut. Adakalanya kesan daripada video membentuk personaliti dan sosial pelajar tersebut.

Psikomotor – Video juga digunakan untuk menunjukkan proses yang melibatkan kemahiran mental (berfikir) pelajar dalam sesuatu bidang samada dia memahami dan boleh menginterpretasikan tujauan utama dalam video tersebut. Pelajar tersebut boleh meningkatkan pemahaman mereka dengan mengulang tayang video berkali-kali mahupun merekod aktiviti mereka.

Interpersonal – Penggunaan video membolehkan pelajar membentuk dalam kumpulan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai video tersebut. Pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam perbincangan, perkembangan idea, pemerhatian dan hubungan mereka dalam kumpulan tersebut. Selain itu, pelajar yang terlibat dalam pembikinan video juga dapat meningkatkan kemahiran interpersonal mereka yang mana mereka perlu bersemuka dengan guru dan rakan lain untuk idea-idea dalam video tersebut.


Soalan 4 :

          Terdapat empat jenis video pembelajaran yang boleh dikemukan dalam pembelajaran pelajar iaitu dokumentari, drama, penceritaan video (video storytelling), dan lawatan secara maya.
Dokumentari – Video jenis ini merupakan medium utama dalam merakam perisitiwa penting dan bersejarah untuk menjadi bahan rujukan pelajar. Dokumentari selalunya menceritakan fakta sebenar mengenai sejarah manusia, keadaan, alam semula jadi, budaya dan sains.

          Drama – drama sejarah seperti Hang Tuah, Pak Pandir yang kaya dengan kesusasteraan dan budaya dapat membantu pelajar dalam memperbaiki kemahiran mereka seperti mendengar pembacaan syair dalam video tersebut. Drama juga dapat membentuk karakter dan sikap pelajar seperti lebih multi budaya, kerjasama dan berdikari.

          Penceritaan video (video storytelling) – Dengan ini, pelajar dapat mengembangkan kemahiran mereka dalam penulisan skrip, visual literasi, dan pembikinan video. Tujuan utama penceritaan video ini adalah untuk mengajar pelajar mengeluarkan idea mereka dalam bentuk cerita. Selain itu, dalam proses pembikinan video, pelajar dapat belajar dalam pelbagai kemahiran.
Lawatan secara maya (virtual field trips) – video juga boleh digunakan sebagai salah satu lawatan yang mana pelajar tidak boleh pergi ke tempat tersebut seperti Hutan Hujan Amazon, Kepulauan Galapagos, Maliau Basin (Lembangan Maliau), Tembok Besar China dan tempat-tempat yang jauh. Dengan penggunaan video, pelajar akan dapat pengalaman yang lebih bermakna daripada membaca, internet dan mendengar dari guru. Ini kerana mereka boleh melihat dan mendengar suasana tempat tersebut.


Soalan 5 :

          Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan video, kita haruslah melihat kepada objektif pembelajaran sama ada ini menepati kehendak kita dan mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu, kita haruslah memilih dan menilai video tersebut sebelum memulakan pembelajaran yang berasaskan video. Dalam proses pemilihan video, kita hendaklah mengenalpasti sumber dari mana video tersebut sama ada dalam atau luar negara. Terdapat juga video dihasilkan oleh pihak swasta, persatuan dan agensi kerajaan dengan tujuan tertentu. Pihak swasta selalunya bertujuan untuk mempromosikan produk mereka atau meningkatkan imej mereka di mata masyarakat. Pihak agensi kerajaan dan NGO pula lebih kepada kesedaran seperti kesihatan, sumber alam semula jadi dan penggunaan tempat rekreasi. Adalah lebih baik memilih video yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dan tidak ada berkaitan dengan matlamat yang lain. Setelah memilih video yang baik dan memenuhi objektif utama pembelajaran. Kita hendaklah menilai video tersebut sama ada ia sesuai ditonton mengikut peringkat umur pelajar. Dalam penilaian video juga, kita hendaklah mengambil kira bagaimana penyampaian video tersebut kerana terdapat tayangan video yang sukar difahami dan memerlukan pengulang tayangan untuk mendapatkan matlamat dalam video tersebut. Selain itu, dalam menilai video tersebut, kita boleh membuat beberapa catatan untuk perbincangan dan tindakan seterusnya selepas tayangan video dan pembelajaran boleh diteruskan selepas itu.


Design of Visual
Due: Dec 3, 2012

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual ialah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhammad Hasan A.Rahman (2000), bersdasarkam, piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan bau dan pendengaran. Ini menunjukjan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.

          Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan. Visual tayangan ialah seperti transperensi dan OHP, slaid projektor, kamera video serta video televisyen. Manakala visual bukan tayangan adalah sperti carta, poster, papan tulis dan model,

Visual atau media tayangan
1. Transperensi dan projektor overhead.
2. Projektor slaid
3. Video dan televisyen.

Media visual bukan tayangan
1. Carta
2. Poster
3. Papan tulis atau papan hitam
4. Model

Fungsi penggunaan visual, selalunya digunakan untuk memudahkan penyampaian topik yng diajar dengan bahan konkrit yang ada.

No comments:

Post a Comment