Multimodality
Multimodality bermaksud memiliki pelbagai cara
atau mod. Sebagai contoh semasa sesi P&P kita sebagai guru menggunakan alat
bantu mengajar yang pelbagai seperti video clips, powerpoint,muzik dan pelbagai
lagi media elektronik. Teknik pengajaran menggunakan kaedah multimodality juga
sudah digunakan di barat. Ianya bukan sahaja menarik tetapi juga mudah untuk di
fahami oleh pelajar. Teknik ini menambahbaik teknik pengajaran dan pembelajaran
tradisional kerana bagi saya kadang-kadang pelajar sukar membayangkan dan
mengaitkan apa yang di suruh oleh guru, dengan menggunakan kaedah ini
demontrasi di lancarkan melalui mediaelektronik seperti laptop, projektor dan
audio. Teknik ini sangat berguna bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana
melalui video dan presentation grafik guru yang kurang mahir dalam sukan dan
permainan boleh mengajar pelajarnya tanpa melakukan demonstrasi sendiri. Dengan
ini p&p berjalan lancar dan objektif pengajaran mudah tercapai di samping
pelajar seronok di dalam kelas.
Assignment
1
Sila
respon untuk isu ini pula
- Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
- Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
- Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
- Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
- Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i)
Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
Gaya
pembelajaran didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern that is preferred
when processing new information or experiences”. Gaya ini perlulah disesuaikan
dengan pendekatan pengajaran. Jadi guru perlulah menggunakan pendekatan yang
pelbagai bagi memenuhi keperluan yang pelbagai. Pelajar terbahagi kepada 4 gaya
pembelajaran iaitu VARK, Penggunaan video bukan sahaja menarik pelajar Visual,
malah pelajar Auditori dan kinestatik juga mendapat faedahnya. ini kerana
penggunaan video melibatkan banyak deria untuk pemahaman maksimum.
ii)
Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
Penggunaan
video bg Ubiquitous learning boleh dijalankan dalam banyak cara di dalam kelas
yang mempunyai kemudahan ICT ataupun di rumah yang dilengkapi komputer dan
internet. ianya telah dipraktikkan di negara-negara membangun seperti Amerika.
Di malaysia, gaya pembelajaran ini masih kurang dijalankan kerana terdapat
banyak kengkangan dari segi komputer dan internet. Malah terdapat masalah
elektrik di sesetengah kawasan. Jika gaya pembelajaran ini diamalkan, terdapat
banyak kebaikannya; pelajar boleh belajar pada bila2 masa dan mendapat maklumat
dengan meluas. Selain itu, pelajar yang sakit masih boleh berinteraksi dengan
guru mereka di amana sahaja mereka berada.
iii)
Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
Penggunaan
video juga dapat menjana HOTS pelajar dengan cara meningkatkan kemahiran
berfikir secara kritis, kreatif, logis, reflektif, pemecahan masalah dan
pengambilan keputusan. Ini kerana selepas melihat video pelajar akan
menggunakan kemahiran yang ada untuk memahami video tersebut dengan baik.
iv)
Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
Penggunaan
video rasanya tidak berkaitan sangat dengan kemahiran sosial pelajar. ini
kerana pelajar masih melihat video bersama-sama rakan didalam kelas mereka
serta melalui video ini juga mereka boleh berkongsi cerita serta berbincang.
v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
Penggunaan
video juga dapat meningkatkan kesedaran pelajar khasnya dalam mata pelajaran
sejarah kerana lakonan yang dilihat dalam video itu memberi kesan. ini kerana
pelajar yang belajar menggunakan visual akan lebih memahami jika video yang
dilihat tersusun dan mampu menggerakkan deria pelajar iaitu Kemahiran mendengar,
melihat dan berimaginasi.
Assignment 2
Apakah kekangan jika kita
menggunakan video dalam kelas?
- Kebanyakan sekolah tiada kemudahan LCD dan Laptop malah ada sekolah yang plug di bilik darjah juga tidak berfungsi.
- Guru tidak tahu penggunaan video di dalam kelas.
- Video mengambil masa yang lama untuk di tayangkan kepada pelajar.
- Sistem audio tiada.
Assignment 3
Bagaimana mengguna video dalam
kelas? sebelum, semasa dan selepas .
Sebelum:
Sediakan Laptop, CD utk tayangan
atau P&P dan LCD. Pastikan plug di dalam kelas berfungsi dengan baik.
Semasa:
Pastikan masa yang diambil
untuk set up tidak terlalu lama. Pelajar hadir dan tidak bermain ketika
tayangan dipasang.
Selepas:
Jalankan sesi post mortem dengan
pelajar agar tahu kelemahan semasa sesi tayangan berjalan. sediakan latihan
untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tayangan video itu.
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
- Apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
- Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
- Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
- Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
- Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
1)
Apa kah yang dimaksudkan dengan literasi video ?
Menurut Kamus Dewan (2005), literasi bermaksud kebolehan
menulis dan membaca, celik huruf manakala Video berkenaan sesuatu yang dapat
dilihat. Oleh itu Literasi Video bermaksud Kebolehan membaca dan menghayati
serta mentafsir sesuatu visual atau tayangan dengan betul dan tepat.
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
a. An Author constructs the massage.
b. The format is unique for each
masage
c. Each viewer interprets the
message differently
d. Points of view and values are
part of each message
e. Most message are organized to
promote a specific purpose.
3)
Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
Pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan
menggunakan empat domain iaitu domain kognitif, afektif, psikomotor dan
Interpersonal. Caranya adalah seperti berikut:
Domain Kognitif: dengan
menggunakan video pelajar boleh terus memahami maksud pembelajaran tersebut. ia
juga menjadi lebih menarik dengan tarikan bunyi dan warna serta ilustrasi yang
mudah difahami. Dengan ini kefahaman dapat dipertingkatkan dan pelajar lebih
memahami pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
Domain
Afektif: Dengan penanyagan video serta bunyi
yang menjadi 'Sound effect" secara tidak langsung ia boleh membuai
perasaan pelajar dan pelajar lebih terdedah dengan pengolahan emosi. Oleh itu ,
sebagai contoh dalam matapelajaran sejarah: pengorbanan wira dahulu. dengan
menggunakan suara latar dan ,muzik yang sesuai, ia boleh membuatkan pelajar
berasa terharu dan menghayati pengorbanan mereka itu.
Domain
Psikomotor: Penggunaan video sangat sesuai bagi
menayangkan cara,proses dan susunan kerja kepada pelajar. ia juga senang untuk
di ikuti berbanding pelajar menggunakan buku teks sebagai rujukan. Selain itu,
penggunaan video boleh meningkatkan kemahiran psikomotor apabila pelajar itu
mengulang video berkenaan sambil meniru cara atau proses tersebut sehingga
berjaya.
Domain
Interpersonal: Dengan menggunakan video, sesebuah
kumpulan dapat meningkatkan kefahaman mereka dengan berbincang atau bertanya
mengenai video berkenaan. pelajar yang kurang memahami boleh bertanyakan rakan
yang lain agar pemahaman mengenai video tersebut benar2 tepat dan menepati apa
yang hendak disampaikan oleh pengarangnya.
4)
Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong
pembelajaran pelajar?
Empat
jenis video dalam pendidikan yang menyokong pembelajaran pelajar ialah
Dokumentasi, Drama, Video storytelling dan Vitual Field Trip.
Dokumentasi: Video yang bercorakkan dokumentari ialah penceritaan semula
kisah benar yang terjadi di sekitar kita. Ianya mudah untuk pelajar fahami
kerana ia menceritakan dan memperlihatkan kisah benar. Jadi pelajar akan lebih
mengigati dan menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Drama: Drama merupakan olahan semula situasi berdasarkan apa yang
hendak diajar kepada pelajar. melalui teknik ini pelajar didedahkan terus
dengan apa yang hendak disampaikan. Oleh itu, ia menggunakan domain afektif,
kognitif serta psikomotor secara terus.
Video
Storytelling: Bercerita merupakan kemahiran yang
penting untuk membentuk pelajar-pelajar dari semua peringkat umur. Ia membenarkan
pelajar untuk menjadi kreatif semasa membentuk penulisan mereka, literasi
visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar
pelajar-pelajar agar mereka boleh mengajar dan belajar daripada satu sama lain.
Virtual
Fields Trips: Cara ini membawa pelajar ke
tempat-tempat yang mereka tidak mungkin dapat pergi. Ia membina dan
meningkatkan pengetahuan yang diperolehi daripada buku teks bacaan, penerangan
internet atau mendengar ceramah-ceramah. Selain itu mereka dapat menambah pengetahuan
dengan melawati laman web yang berkaiatan dan mengumpul maklumat mengenai
tempat itu. secara tidak langsung pelajar dapat membayangkan suasana tempat itu
dengan hanya membacanya.
5)
Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam
bilik darjah.
Langkah
pertama: Integrasi sumber-sumber yang
berguna adalah untuk mencari video yang akan menyokong pencapaian objektif
pelajaran anda.
Langkah
kedua: Menilai video yang dipilih untuk
memastikan bahawa ia sebenarnya sama dengan matlamat anda dan memenuhi
keperluan pelajar anda.
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
Proses Rekacipta visual
- Planning Tools
- Lettering Techniques
- Drawing, Sketching, and Cartooning
- Clip Art
- Designing Visuals With Computers
- Creating Presentation Graphics
- Creating Overhead Transparencies
Ciri-ciri Rekacipta Visual
- Bentuk imej
- Warna
- Corak
- Pergerakan
- Keseimbangan antara tulisan dan Warna
No comments:
Post a Comment