Wednesday, 2 January 2013

Assignment Edmodo - Suziani

1. Perniagaan Jalan UMS

DUE: Sep 17, 2012
Modal RM1 juta. 
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? 
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

saya memilih untuk menjalankan perniagaan kedai buku dan alat2 tulis umpama yang terdapat di kedai buku Eaton atau Popular. Jualan dipelbagaikan dengan menjual bermacam-macam keperluan sekolah dan pejabat sesuai dengan keperluan seperti buku2 rujukan,bahan bacaan ilmiah juga keperluan2 sekolah dan pejabat. Perniagaan ini pastinya akan menarik lebih ramai golongan. 

Bagi memastikan perniagaan untung,promosi2, diskaun juga kad keahlian akan diperkenalkan bagi memastikan lebih ramai pelanggan tetap. Segala jenis kelemahan akan dikaji dan dilihat dari segala aspek.






2. sambungan

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... 
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

bagi memastikan perniagaan untung,sebelum perniagaan dijalankan antara perkara yang perlu difikirkan ialah seperti lokasi dan juga potensi perniagaan untuk maju. semasa perniagaan, promosi2, diskaun juga cara2 untuk menarik lebih ramai pelanggan tetap akan dilakukan.segala kelemahan2 semasa akan dikaji dan diatasi dengan berkesan.



Multimodality
DUE: Sep 24, 2012
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction

Multi merujuk kepada lebih daripada satu. Modaliti pula merujuk kepada jenis saluran komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan atau memperoleh maklumat. Ia juga meliputi cara idea dinyatakan atau dilihat, atau cara tindakan dilakukan. Multimodaliti adalah keupayaan sistem untuk berkomunikasi dengan pengguna bersama-sama pelbagai jenis saluran komunikasi dan untuk mengekstrak dan menyampaikan maksud secara automatik. 
Multi modality instruction menyediakan maklumat penting dan tugasan dalam format lisan dan bertulis untuk membantu menggalakkan akses kepada kandungan kursus. 
Pendekatan yang digunakan dalam multi modality instruction membantu pelajar-pelajar dalam mencari modaliti yang konsisten dengan kekuatan pembelajaran mereka.





ASSIGNMENT 1
DUE: OCT 22, 2012
Sila respon untuk isu ini pula 
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i) Kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 

Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular di kalangan pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. 
Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa 
kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. 
Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar 

ii) Kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Pelajar menggunakan bahan pelajaran secarasendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah 


iii) Kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills). 

Video juga mendokong dan menggalakkan inkuiri dan eksplorasi, 
yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order 
thinking skills) (Thuring, Mannemann & Haake, 1995). Pengajaran menyediakan 
peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi 
juga termasuk audio dan video yang menyediakan interaktiviti visual pada masa 
sebenar dengan keupayaan berhenti dan main semula rakaman video tersebut. 
Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampaian 
maklumat. Kaedaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti 
buku. 

iv) Kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. 

Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud di antara bahan pelajaran dengan guru serta di antara bahan pelajaran dengan pelajar. 
Bahan pembelajaran berkesan menggunakan video dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan melalui video mestilah relevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik beratkan. 

v) Kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. 

Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka. 
Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan mestilah bersesuaian. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni yang sesuai. 





Assignment 2

DUE: Oct 22, 2012
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Antara kekangan-kekangan penggunaan video dalam kelas adalah: 

1. Masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. 
2. Masa juga menjadi salah satu masalah di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. 
3. Masalah guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu isu aplikasi media ini. 
4. Sekiranya video tidak menarik pelajar tidak dapat memberi tumpuan. Video adalah menarik jika bersesuaian dengan subjek diajar. 
5. Tayangan video perlulah dilimitkan supaya pelajar tidak mudah leka dan memudahkan guru untuk mengawal keadaan kelas. 



Assignment 3

DUE: Oct 22, 2012
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Cara penggunaan video sebelum kelas: 

1. Berlatih mengoperasikan alat kelengkapan seperti televisyen dan mesin video. Pastikan pita video adalah sesuai / serasi dengan mesin video. 
2. Tontonkan kandungan video sebelum tayangkannya kepada para pelajar. Tentukan sama ada kandungan video tersebut sesuai dengan objektif pengajaran. 
3. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas di samping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan. 

Cara menggunakan video semasa kelas: 

1. Perlu ingatkan pelajar supaya mencatat nota jika perlu. Walau bagaimanapun, tayangan video dalm bilik yang gelap akan mengganggu pelajar daripada mencatat nota. 
2. Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu. 
3. Elakkan daripada menggunakan masa tayangan video untuk melakukan kerja sendiri. 
4. Guru juga harus menonton bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. 

Cara menggunakan video selepas kelas: 

1. Aktiviti lanjutan perlu diadakan. Selepas tayangan video selesai, guru harus membuat perbincangan dengan kelas supaya pelajar dapat mengetahui apa yang telah dipelajari dan hubungannya dengan kandungan pengajaran hari itu. Di samping itu, pelajar juga boleh membuat perbincangan secara kumpulan tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam video tersebut. 
2. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya di samping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting. 
3. Masukkan kandungan video ke dalam ujian atau peperiksaan. Jika video yang ditayangkan adalah penting untuk pengajaran, ia boleh digunakan sebagai sumber untuk membuat soalan ujian atau peperiksaan. 



Video dalam pendidikan

DUE: Nov 20, 2012
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 

SOALAN 1. literasi video menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup.Merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan. literasi video sebagai suatu kebolehan untuk mencapai sesuatu media, memahami dan menilai secara kritikal daripada pelbagai aspek media dan kandungannya serta mencipta komunikasi dalam pelbagai konteks. 

SOALAN 2. Konsep menonton video 
- Pemahaman Mendengar (cloze/listening comprehension) 
- Tayangan Senyap (Silent Viewing) 
- Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing) 
- Tayangan Bersinar dengan Komentar (Jigsaw Viewing With Commentary) 
- Urutan (Sequencing) 


SOALAN 3. Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video di dalam aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran : 

Maklumat Lebih Realistik 
Mampu Merangsang Pelbagai Deria 
Memudahkan Proses Pengulangan 
Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran 
Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap 
Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar 
Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan 
Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan 

SOALAN 4. 4 jenis video ialah 

1) Pemahaman Mendengar (cloze / listening comprehension) 
Pada jenis ini terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Para pelajar boleh diberi beberapa skrip narator cerita di dalam video dengan beberapa perkataan yang ditiadakakan. Tugas pelajar ialah mengisi tempat-tempat yang kosong dengan teliti. Sebagai alternatif, para pelajar boleh diminta untuk menjawab soal-soal pemahaman berdasarkan video yang dipertontonkan. 

2)Tayangan Senyap (Silent Viewing) 
Audio ditutup dan guru meminta pelajar hanya menonton visual yang terdapat pada skrin TV. Pelajar dibiarkan meneka apa yang dikatakan pada video yang mereka tonton. Mungkin mereka akan mengalami kesukaran dalam memahami perkataan yang ada dalam video tapi sekurang-kurangnya mereka mampu memberitahu kata-kata kunci dan frasa. 

3) Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing) 
Setiap pelajar secara berpasangan duduk saling membelakangi antara satu sama lain. Salah satu dari merreka menghadap monitor TV sebaliknya pasangannya menghadap ke arah sebaliknya. Anak yang tidak melihat video ditanya oleh kanak-kanak yang melihat video. 
Misalnya, siapakah orang yang memakai bajju warna hijau? 
Di mana video itu berlaku? Dan sebagainya. 
Pelajar yang menghadap video perlu memberikan pilihan jawapan, dan pelajar yang boleh menjawab dengan benar dianggap menang. 

4) Tayangan Bersinar dengan Komentar (Jigsaw Viewing With Commentary) 
Setiap pelajar duduk secara berpasangan dengan belakang membelakangi antara satu sama lain. Guru memberitahu bahawa pelajar yang tidak mengadap skrin TV, harus menjawab soal-soal mengikut sekuen video selepas aktiviti itu selesai dan pemenangnya adalah pasangan yang berupaya menjawab yang paling tepat. 
Kemudia guru menayangkan video dengan menutup audionya, pelajar yang menghadap skrin memberi komentar secara langsung tentang apa yang ditayangkan dalam video. Dan pasangannya harus memberi soal-soal untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyak. 


SOALAN 5. Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah ialah video mestilah mempunyai: 
i)Matlamat/ Objektif 
Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajarandan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis.Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembanganteknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai. 

ii)Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 
Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaananimasi dan penggunaan warna. Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktivitipengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baikmelibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. 

Iii)Kandungan 
Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar danseterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatumasalah. Pengenalan dan kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar. 

iv) Kreativiti 
Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian,integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi videotepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. 

v)Aspek Motivasi 
Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktivitisebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan mestilah bersesuaian.Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkanbagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai. 



Design of Visual

DUE: Dec 3, 2012
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan. Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan konsep atau melakukan sesuatu kerja. Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara yang susah untuk diterangkan dengan penulisan. 

Ciri-ciri visual yang baik adalah: 
a) Mudah, jelas dibaca dan difahami 
b) Mesej dapat ditafsir dengan berkesan 
c) Interaksi aktif di antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual 
d) Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual. 

Elemen-elemen yang terdapat dalam reka bentuk visual adalah; huruf, ruang, bentuk tiga dimensi, garisan, rekaletak, warna, rupa dua dimensi, permukaan/jalinan dan ilustrasi. 

Langkah-langkah dalam Proses Rekabentuk Visual: 
1. Analisis khalayak 
2. Tentukan tujuan mesej 
3. Kenal pasti dimana dan bila mesej akan dipersembahkan 
4. Tetapkan matlamat 
5. Susun teks dan grafik serta elemen-elemen lain 
6. Pilih rupa taip, saiz taip dan jarak taip 
7. Tambah dan manipulasi grafik 
8. Susun teks, grafik dan elemen-elemen lain 
9. Baca pruf 
10. Perkemas 









Assignment Edmodo - rashida



Multimodality

Multimodality bermaksud memiliki pelbagai cara atau mod. Sebagai contoh semasa sesi P&P kita sebagai guru menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai seperti video clips, powerpoint,muzik dan pelbagai lagi media elektronik. Teknik pengajaran menggunakan kaedah multimodality juga sudah digunakan di barat. Ianya bukan sahaja menarik tetapi juga mudah untuk di fahami oleh pelajar. Teknik ini menambahbaik teknik pengajaran dan pembelajaran tradisional kerana bagi saya kadang-kadang pelajar sukar membayangkan dan mengaitkan apa yang di suruh oleh guru, dengan menggunakan kaedah ini demontrasi di lancarkan melalui mediaelektronik seperti laptop, projektor dan audio. Teknik ini sangat berguna bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana melalui video dan presentation grafik guru yang kurang mahir dalam sukan dan permainan boleh mengajar pelajarnya tanpa melakukan demonstrasi sendiri. Dengan ini p&p berjalan lancar dan objektif pengajaran mudah tercapai di samping pelajar seronok di dalam kelas.

Assignment 1
Sila respon untuk isu ini pula

  1. Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
  2. Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
  3. Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
  4. Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
  5. Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran 
  
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 

Gaya pembelajaran didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experiences”. Gaya ini perlulah disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Jadi guru perlulah menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi memenuhi keperluan yang pelbagai. Pelajar terbahagi kepada 4 gaya pembelajaran iaitu VARK, Penggunaan video bukan sahaja menarik pelajar Visual, malah pelajar Auditori dan kinestatik juga mendapat faedahnya. ini kerana penggunaan video melibatkan banyak deria untuk pemahaman maksimum.

ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning  

Penggunaan video bg Ubiquitous learning boleh dijalankan dalam banyak cara di dalam kelas yang mempunyai kemudahan ICT ataupun di rumah yang dilengkapi komputer dan internet. ianya telah dipraktikkan di negara-negara membangun seperti Amerika. Di malaysia, gaya pembelajaran ini masih kurang dijalankan kerana terdapat banyak kengkangan dari segi komputer dan internet. Malah terdapat masalah elektrik di sesetengah kawasan. Jika gaya pembelajaran ini diamalkan, terdapat banyak kebaikannya; pelajar boleh belajar pada bila2 masa dan mendapat maklumat dengan meluas. Selain itu, pelajar yang sakit masih boleh berinteraksi dengan guru mereka di amana sahaja mereka berada.


iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)  

Penggunaan video juga dapat menjana HOTS pelajar dengan cara meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, logis, reflektif, pemecahan masalah dan pengambilan keputusan. Ini kerana selepas melihat video pelajar akan menggunakan kemahiran yang ada untuk memahami video tersebut dengan baik.


iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. 

Penggunaan video rasanya tidak berkaitan sangat dengan kemahiran sosial pelajar. ini kerana pelajar masih melihat video bersama-sama rakan didalam kelas mereka serta melalui video ini juga mereka boleh berkongsi cerita serta berbincang.


v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
 

Penggunaan video juga dapat meningkatkan kesedaran pelajar khasnya dalam mata pelajaran sejarah kerana lakonan yang dilihat dalam video itu memberi kesan. ini kerana pelajar yang belajar menggunakan visual akan lebih memahami jika video yang dilihat tersusun dan mampu menggerakkan deria pelajar iaitu Kemahiran mendengar, melihat dan berimaginasi.

Assignment 2
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

  1. Kebanyakan sekolah tiada kemudahan LCD dan Laptop malah ada sekolah yang plug di bilik darjah juga tidak berfungsi. 
  2. Guru tidak tahu penggunaan video di dalam kelas. 
  3. Video mengambil masa yang lama untuk di tayangkan kepada pelajar.
  4. Sistem audio tiada. 


Assignment 3
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas .
Sebelum:
Sediakan Laptop, CD utk tayangan atau P&P dan LCD. Pastikan plug di dalam kelas berfungsi dengan baik.
Semasa:
 Pastikan masa yang diambil untuk set up tidak terlalu lama. Pelajar hadir dan tidak bermain ketika tayangan dipasang.
Selepas:
Jalankan sesi post mortem dengan pelajar agar tahu kelemahan semasa sesi tayangan berjalan. sediakan latihan untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tayangan video itu.


Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 
  1. Apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
  2. Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
  3. Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
  4. Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 
  5. Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

1) Apa kah yang dimaksudkan dengan literasi video ?
Menurut Kamus Dewan (2005), literasi bermaksud kebolehan menulis dan membaca, celik huruf manakala Video berkenaan sesuatu yang dapat dilihat. Oleh itu Literasi Video bermaksud Kebolehan membaca dan menghayati serta mentafsir sesuatu visual atau tayangan dengan betul dan tepat.

2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
a. An Author constructs the massage.
b. The format is unique for each masage
c. Each viewer interprets the message differently
d. Points of view and values are part of each message
e. Most message are organized to promote a specific purpose.

3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
Pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan menggunakan empat domain iaitu domain kognitif, afektif, psikomotor dan Interpersonal. Caranya adalah seperti berikut:
Domain Kognitif: dengan menggunakan video pelajar boleh terus memahami maksud pembelajaran tersebut. ia juga menjadi lebih menarik dengan tarikan bunyi dan warna serta ilustrasi yang mudah difahami. Dengan ini kefahaman dapat dipertingkatkan dan pelajar lebih memahami pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Domain Afektif: Dengan penanyagan video serta bunyi yang menjadi 'Sound effect" secara tidak langsung ia boleh membuai perasaan pelajar dan pelajar lebih terdedah dengan pengolahan emosi. Oleh itu , sebagai contoh dalam matapelajaran sejarah: pengorbanan wira dahulu. dengan menggunakan suara latar dan ,muzik yang sesuai, ia boleh membuatkan pelajar berasa terharu dan menghayati pengorbanan mereka itu.
Domain Psikomotor: Penggunaan video sangat sesuai bagi menayangkan cara,proses dan susunan kerja kepada pelajar. ia juga senang untuk di ikuti berbanding pelajar menggunakan buku teks sebagai rujukan. Selain itu, penggunaan video boleh meningkatkan kemahiran psikomotor apabila pelajar itu mengulang video berkenaan sambil meniru cara atau proses tersebut sehingga berjaya.
Domain Interpersonal: Dengan menggunakan video, sesebuah kumpulan dapat meningkatkan kefahaman mereka dengan berbincang atau bertanya mengenai video berkenaan. pelajar yang kurang memahami boleh bertanyakan rakan yang lain agar pemahaman mengenai video tersebut benar2 tepat dan menepati apa yang hendak disampaikan oleh pengarangnya.

4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
Empat jenis video dalam pendidikan yang menyokong pembelajaran pelajar ialah Dokumentasi, Drama, Video storytelling dan Vitual Field Trip.
Dokumentasi: Video yang bercorakkan dokumentari ialah penceritaan semula kisah benar yang terjadi di sekitar kita. Ianya mudah untuk pelajar fahami kerana ia menceritakan dan memperlihatkan kisah benar. Jadi pelajar akan lebih mengigati dan menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Drama: Drama merupakan olahan semula situasi berdasarkan apa yang hendak diajar kepada pelajar. melalui teknik ini pelajar didedahkan terus dengan apa yang hendak disampaikan. Oleh itu, ia menggunakan domain afektif, kognitif serta psikomotor secara terus.
Video Storytelling: Bercerita merupakan kemahiran yang penting untuk membentuk pelajar-pelajar dari semua peringkat umur. Ia membenarkan pelajar untuk menjadi kreatif semasa membentuk penulisan mereka, literasi visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar-pelajar agar mereka boleh mengajar dan belajar daripada satu sama lain.
Virtual Fields Trips: Cara ini membawa pelajar ke tempat-tempat yang mereka tidak mungkin dapat pergi. Ia membina dan meningkatkan pengetahuan yang diperolehi daripada buku teks bacaan, penerangan internet atau mendengar ceramah-ceramah. Selain itu mereka dapat menambah pengetahuan dengan melawati laman web yang berkaiatan dan mengumpul maklumat mengenai tempat itu. secara tidak langsung pelajar dapat membayangkan suasana tempat itu dengan hanya membacanya.
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
Langkah pertama: Integrasi sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang akan menyokong pencapaian objektif pelajaran anda.
Langkah kedua: Menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya sama dengan matlamat anda dan memenuhi keperluan pelajar anda. 


Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Proses Rekacipta visual
  1. Planning Tools
  2. Lettering Techniques
  3. Drawing, Sketching, and Cartooning
  4. Clip Art
  5. Designing Visuals With Computers
  6. Creating Presentation Graphics
  7. Creating Overhead Transparencies

Ciri-ciri Rekacipta Visual
  1. Bentuk imej
  2. Warna
  3. Corak
  4. Pergerakan
  5. Keseimbangan antara tulisan dan Warna